Pakatan mahu jaminan Speaker untuk sidang Dewan pada Isnin


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam sidang media berkata bahawa Speaker Azhar Azizan Harun perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak menyatakan jawapan yang jelas mengenai status persidangan Isnin ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2021.

PAKATAN Harapan menuntut jaminan daripada Speaker Dewan Rakyat bahawa persidangan akan diadakan seperti dirancang pada Isnin.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam sidang media berkata bahawa Speaker Azhar Azizan Harun perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak menyatakan jawapan yang jelas mengenai status persidangan Isnin ini.

Beliau berkata demikian selepas persidangan hari ini – hari keempat dari lima hari mesyuarat khas – berulang kali ditangguhkan sejak rehat makan tengah hari, sehingga pengumuman terakhir pada jam 5.15 petang oleh timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon.

Walaupun begitu, Mohd Rashid tidak menyatakan sama ada persidangan akan diteruskan seperti yang dirancang pada Isnin.

Alasan persidangan ditangguhkan hari ini adalah kerana jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan Parlimen. 

“Dari 2.30 petang, ditunda sehingga pukul 3.30 petang, dan kemudian pukul 5.15 petang, ini hanya kepura-puraan, cuba menipu ahli Parlimen dan itu adalah penghinaan terhadap Parlimen.

“Timbalan speaker tidak dapat memberitahu kami sama ada sidang dewan akan diadakan pada Isnin. Beritahu kami jika ada persidangan pada Isnin, nyatakan dengan jelas, jika tidak Speaker harus meletakkan jawatan,” katanya.

Anwar berkata, ahli Parlimen pembangkang akan berada di Dewan Rakyat pada Isnin walau apa pun terjadi.

“Kami akan berada di sana tepat jam 10 pagi,” katanya. – 29 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen