42 kluster Covid-19 dikesan, 25 berkait tempat kerja, kata KP kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster dilaporkan hari ini, katanya, menjadikan jumlah kumulatif kluster negara sebanyak 3,527 dengan 1,028 kluster masih aktif. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 Julai, 2021.

SEBANYAK 42 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini melibatkan 25 tempat kerja, 12 komuniti, masing-masing dua berkait kumpulan berisiko dan pusat tahanan, serta satu kluster institusi pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kluster tersebut dikesan di Johor, Selangor, Perak, Pahang, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kluster dalam negara kini 3,527, dengan 1,028 masih aktif, tambahnya dalam kenyataan hari ini.

Berikut 42 kluster baharu yang dikesan:

Kluster babit tempat kerja
1. Industri Batu Lapan Bakri di Muar, Johor (20 kes) 
2. Bukit Batu Bakri di Muar, Johor (15) 
3. Persiaran Laman Setia Sembilan di Johor Bahru, Johor (15) 
4. Industri Batu 17 Saleng di Kulai, Johor (15) 
5. Saujana Putra Kesang di Tangkak, Johor (14) 
6. Jalan Keluli Tiga Barat di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor (13) 
7. Industri Jasmine Tiga di Hulu Selangor dan Hulu Langat, Selangor (29) 
8. Industri Sungai Puluh Batu Lima di Klang, Selangor (16) 
9. Industri Mas Tujuh di Sepang, Selangor (14)
10. Industri Jasmine Dua di Hulu Selangor (12)
11. Jeti Kudat di Kudat, Sabah (44) 
12. Jalan Penampang di Penampang, Sabah, (29)
13. Industri Kelombong di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, Sabah (23) 
14. Dah 14 Industri di Kulim, Kedah (187) 
15. Dah Raya Industri Pendang di Pendang, Kota Setar dan Pendang Terap, Kedah (33) 
16. Kuala Jambu di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan (10)
17. Simpang Empat Tendong di Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan (5)
18. Industri Jalan Senawang Dua di Seremban, Negeri Sembilan (53) 
19. Pasar Besar Seremban di Seremban dan Jempol, Negeri Sembilan (15) 
20. Lorong Perusahaan Bukit Minyak 22 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (14) 
21. Jalan Tasek di Seberang Perai Selantan, Pulau Pinang (10) 
22. Lorong Helang Hindik di Kepong, Kuala Lumpur (33) 
23. Jalan Gombak Traders di Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur (7) 
24. Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang (16) 
25. Jalan Beruas di Larut, Matang dan Selama, Perak (12) 

Komuniti
26. Kampung Hutan Kuin di Machang, Kelantan (30)
27. Kampung Hutan Puteh di Machang, Kelantan (13) 
28. Kampung Kedai Buloh di Kota Bharu, Kelantan (12) 
29. Kampung Nilam Puri di Kota Bharu, Kelantan (11) 
30. Sepekan Makmur di Pekan, Pahang (61) 
31. Paya Keladan di Temerloh, Pahang (26) 
32. Taman Astana View IM 15 di Kuantan, Pahang (24) 
33. Kampung Anak Ikan di Besut, Terengganu (29) 
34. Sebayor di Samarahan dan Kuching, Sarawak (22)
35. Dah Singkir di Yan dan Kuala Muda, Kedah (21)
36. Kampung Bagan di Sabak Bernam, Selangor (20)
37. Inderasabah di Tawau, Sabah (14) 

Kumpulan berisiko tinggi
38. Alor Tempoyak di Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu, Terengganu (55) 
39. Mutiara Kemuning di Klang, Selangor (6) 

Pusat tahanan
40. Tembok Tapah 2 di Batang Padang, Perak (144) 
41. Pagar Panglima Gantang di Kinta, Perak (59) 

Pendidikan lain
42. Jalan Kajangan di Putrajaya (21). – 27 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen