MALAYSIA memberikan 521,923 suntikan vaksin Covid-19 semalam, angka harian tertinggi setakat ini, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.
Kali terakhir ia memberikan lebih 500,000 suntikan vaksin dalam sehari ialah pada 22 Julai iaitu membabitkan 507, 050 dos.
Setakat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama vaksin sementara 188,302 yang lain menerima dos kedua untuk melengkapkan vaksin.
Selangor setakat ini memberikan 130,187 suntikan termasuk 83,100 penerima dos pertama. Sementara itu, Selangor juga negeri paling tinggi merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 iaitu 373,977 kes.
Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 1,027,954 kes dengan 8,201 kematian.
Kuala Lumpur merekodkan jumlah suntikan vaksin kedua tertinggi semalam iaitu 85,647 dos.
Seramai 1.7 juta individu di Lembah Klang sudah menerima suntikan vaksin, sementara 4. 9 juta individu menerima dos pertama.
Di seluruh negara, 5.7 juta atau 17.5% daripada populasi sudah menerima dua suntikan dos, dan 12.1 juta atau 37.1% daripada populasi mendapat dos pertama.
Daripada jumlah populasi, 24.4% adalah dewasa yang sudah divaksin. Sementara itu, 51.8% dewasa sudah menerima dos pertama. – 27 Julai, 2021.
Komen