KKM sedia peranti ujian kendiri kepada ahli Parlimen, pegawai


Semua ahli Parlimen, pegawai dan mereka yang hadir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat boleh menjalani ujian Covid-19 disediakan KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyediakan peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 kepada semua ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Menerusi pemakluman pada sesi perbahasan hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata selain ahli Parlimen, kemudahan itu turut diberikan kepada pegawai-pegawai serta semua yang hadir pada persidangan itu.

“Terima kasih saya rakamkan kepada Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Rashid berkata mereka yang ingin membuat ujian itu perlu menghubungi klinik Parlimen. – Bernama, 26 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen