34 kluster baru Covid-19, 18 di tempat kerja, kata KP Kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 34 kluster itu terletak di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Sarawak, Kedah dan Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 34 kluster baru Covid-19 melibatkan 18 di tempat kerja, 15 di komuniti dan satu yang membabitkan golongan berisiko tinggi.

Salah satu kluster komuniti adalah Taman Hock Ann di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan 299 kes. Tempat ini kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 34 kluster itu terletak di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Sarawak, Kedah dan Kelantan.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan 3,452 kluster dengan 982 masih aktif di seluruh negara.

Kluster tempat kerja:

1. Tapak Bina Jalan Meranti di Pahang (121 kes)

2. Padang Kubu di Terengganu (103)

3. Tapak Bina Kg Sedeng di Johor (96)

4. Lengkok Rishah Dua di Perak (62)

5. Bagan Sabah di Selangor (48)

6. Industri Jalan Bebas Lapan  (48)

7. Gipan Kolombong di Sabah (40)

8. Industri Mahkota Satu di Selangor (40)

9. Persiaran Desa Tebrau di Johor (37)

10. Tapak Bina Kluang Perdana di Johor (33)

11. Industri Tmn Gunung Mas di Negeri Sembilan (31)

12. Tinabau di Sabah (26)

13. Jalan Besar Sabak Bernam di Selangor (20)

14. Jalan Gambir Lama di Johor (16)

15. Dah Kedundung Industri Alor Setar di Kedah (15)

16. Dah Pinang di Kedah (12)

17. PLO Jalan Timah di Johor (11)

18. PLO Tengar di Johor (8)

Kluster komuniti:

19. Tmn Hock Ann di Kuala Lumpur (299)

20. Dah Bukit di Kedah (286)

21. Jalan Tungku di Sabah (233)

22. Batu Enam Penjom di Pahang (64)

23. Kg Kemahang Labok di Kuantan (109)

24. Alor Bakong di Perak (119)

25. Kg Budi Tawang di Kuantan (37)

26. Padang Tembak Intan di Perak (28)

27. Tok Khalifah di Selangor (40)

28. Kg Bukit Tok Ali di Kuantan (20)

29. B6 Keratong Tujuh di Pahang (29)

30. Kg Tok Sadang di Kuantan (26)

31. Jln Damai Kg Cherang di Kuantan (17)

32. Kg Sogo Sogo di Sabah (46)

33.  Gerbang Kuaran di Sabah (28)

Golongan berisiko tinggi

34. Simpang Tiga Ranau di Sabah (417) . – 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen