Angka kematian Covid-19 Malaysia hampir 8,000


Noel Achariam

7,994 jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 direkodkan setakat ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Julai, 2021

MALAYSIA hampir mencapai angka 8,000 kes kematian akibat Covid-19 dengan 7,994 jumlah keseluruhan kes direkodkan setakat ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua pengarah kesihatan berkata dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 92 kes kematian akibat virus berkenaan direkodkan. 

Katanya setakat ini 970 orang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 501 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Negara turut merekodkan 9,683 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kepasa 844,541 dengan 160,903 kes aktif.

Dr Noor Hisham berkata 92 kes kematian melibatkan 27 kes di Selangor, 23 kes di Johor, 12 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, lima kes di Melaka, empat kes di Kedah, tiga kes di Pahang, dua kes masing-masing di Sabah dan Sarawak, dan satu kes masing-masing di Perak, Terengganu, dan Labuan.

Beliau juga berkata berdasarkan data terkini pada 24 Julai, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) di Malaysia adalah 1.11.

“Negeri yang merekodkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (RT 1.36) diikuti Kelantan (RT1.29) dan Kedah (RT 1.23).

“Semua negeri merekodkan RT 1.0 ke atas kecuali Labuan dan Perlis.”– 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen