LEBIH banyak yang perlu dilakukan kerajaan bagi membantu rakyat yang menderita akibat kesan pandemiik Covid-19, dari segi ekonomi dan sumber pendapatan mereka, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha agung DAP berkata impak terhadap ekonomi memberi kesan buruk kepada ramai isi rumah Malaysia yang tidak dapat memenuhi keperluan mereka.
“Rakyat mahukan kehidupan mereka semula. Mereka mahu pekerjaan. Bantuan makanan tidak akan membantu untuk bayar bil mereka,” katanya ketika pelancaran Kertas Posisi Dasar bertajuk “Mempersiapkan Malaysia Ke Arah Hidup di Samping Covid-19”.
Lim berkata sebelum ini negara belum pernah menyaksikan permohonan yang tinggi untuk bantuan.
“Kita memerlukan pendekatan berbeza dalam menangani pandemik. Mereka (kerajaan) sering mengulangi pendekatan yang serupa tetapi megharapkan keputusan berbeza.
“Kita mesti mempunyai penilaian yang realistik untuk negara ini.”
Ahli Parlimen Bagan berkata strategi terkini kerajaan tidak berkesan kerana semua empat fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara adalah tidak realistik.
“Kerajaan telah hilang kawalan dengan apa yang sedang terjadi. Mereka tidak melakukan segalanya. Mereka tidak komited terhadap apa yang terjadi di lapangan.
“Lim turut mengulangi kenyataan kerajaan perlu memberi geran kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulakan kembali perniagaan mereka,” katanya.
Beliau berkata mereka yang berada dalam kerangka M40 dan perusahaan kecil, mereka cuma mahu ‘waktu rehat’ daripada membayar bil sementara menunggu untuk memperoleh pendapatan mereka, terutama geran kewangan terus dan moratorium pinjaman bank tanpa faedah.
“Bantu mereka (PKS) untuk mengurangkan kos, itu sebabnya ada keperluan untuk pinjaman bank tanpa faedah.
“Jika kita merancang secara berhati-hati dan berdasarkan strategi, negara ini akan bangkit dan menjadi lebih baik daripada sebelum ini!”
Beliau berkata kerugian sejak perintah kawalan pergerakan pertama (PKP 1.0) sehingga sekarang dianggarkan sekurang-kurangnya, RM500 bilion.
“Ekonomi menguncup sebanyak 5.6 peratus tahun lalu dan kerajaan terpaksa menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK yang terlalu optimis dari setinggi 7.5% kepada 4%.
Katanya DAP mencadangkan satu strategi komprehensif dalam usaha mitigasi pandemik serta membolehkan “Kehidupan di samping Covid-19”.
“Kawal dan kurangkan gelombang jangkitan semasa, kesediaan untuk menghadapi wabak pada masa depan.
“Juga buka sektor sosial dan ekonomi dengan pendekatan yang selamat dan wujudkan strategi jangka masa sederhana dalam menguruskan Covid-19.”
Lim berkata sebagai tambahan kepada usaha menangani kebimbangan kesihatan dan ekonomi negara dengan membentangkan satu strategi jalan keluar yang konkrit berbanding kaedah ‘lockdown’ berterusan.
Katanya cadangan-cadangan ini juga berperanan sebagai batu asas untuk membuka laluan kepada reformasi struktur jangka panjang, yang Malaysia kini sangat memerlukan. – 25 Julai, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen