Jumlah kes aktif kini lebih 150,000, kata KP kesihatan


Sebanyak 184 kematian akibat Covid-19 juga dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 7,902.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2021.

JUMLAH kes aktif Covid-19 kini terus meningkat kepada 153,633, dengan 950 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 184 kematian akibat Covid-19 juga dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 7,902, tambahnya dalam kenyataan. Sebanyak 32 kes merupakan kematian di luar hospital.

Selangor mencatat angka kematian harian tertinggi iaitu 87 kes, dengan 13 kematian di luar hospital. Ini diikuti Kedah sebanyak 17 kes, Pahang (16), Negeri Sembilan (15) and Kuala Lumpur (13).

Sementara itu, daripada 15,902 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, 260 kes (1.6%) adalah kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan); 129 kes (0.8%) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen); 127 kes (0.8%) kategori 3 (radang paru-paru); 6,901 kes (43.4%s) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4%) kategori 1 (tidak bergejala).

Dr Noor Hisham juga berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-10 negara masih tinggi iaitu 1.09.

Terengganu mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1,37, diikuti Kedah (1.23) dan Pulau Pinang (1.22). Semua negeri mencatat nilai Rt lebih 1.0 kecualai Labuan dan Perlis, katanya. – 24 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen