JUMLAH kes Covid-19 melepasi 40 juta pada Sabtu di Amerika Latin dan Caribbean.
Sejak kes pertama koronavirus dikesan tahun lepas, jumlah kes di rantau itu kini mencecah 40,073,507, menurut pengiraan AFP berdasarkan data rasmi setakat 0200 GMT.
Jumlah kematian pula mencecah 1,353,335.
Penularan pantas varian Delta melonjakkan jangkitan kes Covid-19 di seluruh dunia minggu ini, dengan jumlah kes 192,942,266 dan 4,143,687 kematian dilaporkan. – AFP, 24 Julai, 2021.
Komen