Kluster komuniti atasi kluster tempat kerja, kata Dr Noor Hisham


Selain 16 kluster komuniti, 8 kluster tempat kerja, 4 kluster berisiko tinggi, 1 kluster pendidikan dan 1 kluster keagamaan turut dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.

KLUSTER komuniti merangkumi 16 daripada 30 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain 16 kluster itu, lapan kluster dikaitkan dengan tempat kerja, empat kluster berisiko tinggi, satu kluster pendidikan dan satu kluster aktiviti keagamaan turut dilaporkan.

16 kluster komuniti itu seperti berikut:

  1. Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang dan Kota Bharu, Kelantan - 12 kes
  2. Kampung Banggol Pak Esah di Pasir Puteh, Kelantan - 19 kes
  3. Paloh Pintu Geng di Kota Bahru -11 kes
  4. Kampung Jambu Panji di Kota Bahru, Kelantan -10 kes
  5. Kampung Bukit Merbau di Pasir Puteh, Kelantan -35 kes
  6. Kerilla di Tanah Merah, Kelantan - sembilan kes
  7. Jalan Bistari Yayasan di Segamat dan Johor Bahru, Johor -19 kes
  8. Jalan Mohd Aris di Mersing, Johor -25 kes
  9. Biak Darat di Perak Tengah, Perak -15 kes
  10. Muhibah di Sabak Bernam, Selangor -16 kes
  11. Desa Ayer Hitam di Sepang, Selangor - 40 kes
  12. Ulu Senulau di Saratok, Sarawak - 35 kes
  13. Balai Ringin Melayu di Serian an Simunjam, Sarawak - 80 kes
  14. Bukit Berangan di Hulu Perak, Perak - 36 kes
  15. Teluk Menara di Kuala Terengganu, Terengganu - 38 kes
  16. Kampung Mananam di Tongod, Sabah - 20 kes

Beberapa kluster ini dikaitkan dengan perjalanan rentas negeri dan pengebumian.

Sementara itu, lapan kluster tempat kerja dalam senarai hari ini adalah seperti berikut:

  1. Jalan Temenggung Industri di Johor Bahru, Johor - 7 kes
  2. Ulu Pulai di Pontian, Johor - 9 kes
  3. Jalan Stesen Tv di Tawau, Sabah - 58 kes
  4. Bukit Mas di Kinabatangan, Sabah - 11 kes
  5. Industri Kenanga Lapan di Hulu Selangor - 32 kes
  6. Tapak Bina Jalan Putra di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 23 kes
  7. Jalan Batu Karang di Kampar dan Batang Padang di Perak - 34 kes
  8. Jalan Pesisir Bintulu-Miri di Bintulu, Sarawak (25 kes)

Kluster ini dikesan di kilang dan tapak pembinaan.

Dua kluster berisiko tinggi adalah di Jalan Bandar PG di Johor Bahru dan Pontian, Johor (10 kes), dan Jalan Utara 2 di Sandakan, Sabah (13 kes) - kedua-dua kluster ini berkait dengan kemudahan perubatan.

Sementara itu, baki dua kluster dalam kategori tersebut, iaitu Sutera Soga di Batu Pahat, Johor (13 kes) dan Jalan Alam Jaya 2/7 di Kuala Selangor, Selangor (33 kes) dikaitkan dengan rumah jagaan.

Melengkapkan senarai hari ini satu kluster pendidikan tinggi dan satu kluster berkait dengan aktiviti keagamaan.

Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 958 kluster aktif di negara ini. – 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen