Mungkin ada varian baharu Covid-19 lagi tahun ini, kata pakar Perancis


Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Louvre, Paris menentang vaksinasi Covid-19 di Perancis pada 17 Julai lepas. Dalam satu kenyataan TV baru-baru ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan Perancis akan memperluaskan penggunaan pasport vaksin ke tempat budaya, pengangkutan, restoran, dan lain-lain, selepas jangkitan Covid-19 meningkat minggu ini. – Gambar EPA, 23 Julai, 2021.

PENASIHAT tertinggi kerajaan Perancis mengenai Covid-19 memberi amaran pada Jumaat varian baharu mungkin akan muncul pada musim sejuk tahun ini.

Negara tersebut sedang menghadapi lonjakan jangkitan baharu Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini yang disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali direkodkan di India.

“Kita mungkin akan ada varian lain pada musim sejuk,” kata Jean-Francois Delfraissy, ketua majlis sains kerajaan Perancis kepada saluran berita BFM.

Katanya beliau tidak dapat meramalkan kesannya, atau adakah ia akan lebih berbahaya, menambah, Covid-19 ada kemampuan terhad untuk bermutasi.

Pakar penyakit berjangkit itu menggesa rakyat Perancis kembali mengamalkan penjarakkan sosial dan memakai pelitup muka, berkata keadaan akan kembali normal pada 2022 atau 2023.

“Cabaran besar untuk beberapa tahun ke depan adalah bagaimana kita akan hidup bergandingan dengan dua dunia: negara yang diberi vaksin dan yang tidak,” katanya.

Strategi kerajaan untuk mengekang gelombang keempat ketika ini didasarkan pada pengenalan sistem pas kesihatan yang mewajibkan orang ramai menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian negatif ketika memasuki tempat awam.

Sejak Rabu, panggung wayang, muzium, kolam renang dan tempat sukan telah diminta untuk mendapatkan bukti kesihatan orang ramai, sehingga menimbulkan kritikan dari beberapa pihak ia mengekang kebebasan rakyat yang tidak diberi vaksin. – AFP, 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen