507,050 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, tertinggi setakat ini, kata Adham


Sebanyak 507,050 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam dan daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.

JUMLAH pemberian vaksin harian Covid-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari sebelum ini adalah pada Jumaat lepas dengan sebanyak 460,158 dos suntikan. – Bernama, 23 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen