Hampir 1,500 kematian Covid-19 di Indonesia


Jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 79,032 orang apabila sebanyak 1,449 kematian direkodkan semalam. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

INDONESIA mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas merekodkan 1,449 kematian semalam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 79,032 orang.

Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 402 kematian, diikuti Jawa Timur (270), Jakarta (194) dan selebihnya di provinsi lain.

Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 49,509 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,033,339 kes, dengan sebanyak 561,384 pesakit aktif (dirawat). – Bernama, 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen