32 kluster baharu Covid-19, 21 berkait tempat kerja, kata Dr Noor Hisham


Ravin Palanisamy

21 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, dua melibatkan insitusi pendidikan dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan hari ini, kata Dr Noor Hisham. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Julai, 2021.

SEBANYAK 32 kluster baharu Covid-19 dikesan setakat tengah hari ini, di mana 20 daripadanya berkait dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata tujuh kluster turut dikesan melibatkan jangkitan dalam komuniti, dua kluster melibatkan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan manakala dua lagi berkait dengan kumpulan berisiko tinggi.

Secara keseluruhan, katanya, 11 kluster dikesan di Lembah Klang, di empat kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan dikesan di Selangor, manakala Kuala Lumpur menyumbang empat kluster tempat kerja, satu kluster pendidikan dan satu kluster berisiko tinggi.

Sementara itu, tambah Dr Noor Hisham, Johor melaporkan tiga kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti, selain negeri ini juga melaporkan jangkitan harian ketiga tertinggi antara negeri hari ini.

Senarai 32 kluster baharu adalah seperti berikut:

Tempat kerja

1. Industri Teratai di Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat, Selangor - 255 kes

2. Industri Jalan Sungai di Hulu Langat, Selangor - 164 kes

3. Industri Jalan Bangi di Hulu Langat, Selangor - 159 kes

4. Jalan TTP Satu di Sepang, Selangor - 26 kes

5. Tapak Bina Jalan Merah Caga di Cheras, Kuala Lumpur - 105 kes

6. Tapak Bina Jalan Gading di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 73 kes

7. Jalan Wangsa Delima di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 20 kes

8. Jalan Medan Bunus di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 14 kes

9. Teknologi Senai 21 di Kulai, Johor - 32 kes

10. Jalan NIP di Johor Bahru, Johor - 21 kes

11. Tapak Bina Raya di Muar, Johor - 17 kes

12. Persiaran Cassia Selatan Tujuh di Seberang Perai Utara, Selatan dan Tengah, dan Timur Laut serta Barat Daya, Pulau Pinang - 26 kes

13. Jalan Permatang Pauh di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 12 kes

14. Industri Perai Lapan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 12 kes

15. Industri Tunas Baru di Alor Gajah, Melaka - 44 kes

16. Angkasa Nuri di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka - 27 kes

17. Industri 3/5 Temerloh di Temerloh, Pahang - 23 kes

18. Kuala Tahan di Jerantut, Pahang - 18 kes

19. Dah Perusahaan Lima Industri Kulim di Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda, Kedah - 118 kes

20. Jalan Demak Laut di Kuching, Bau, Asajaya, Samarahan dan Serian, Sarawak - 30 kes

21. Kuril di Kinabatangan, Sabah - 12 kes

Komuniti

22. Jalan Cenderai Sembilan di Johor Bahru, Johor - 14 kes

23. Putri Fasa Enam di Kulai dan Johor Bahru, Johor - 14 kes

24. Jalan Permas Lapan di Johor Bahru, Johor - 11 kes

25. Kg Kuala Gel di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan - 14 kes

26. Kebun Lama di Papar dan Kota Kinabalu, Sabah - 27 kes

27. Abu Bengang di Saratok, Sarawak - 131 kes

28. Padang Pulut di Dungun, Terengganu - 48 kes

Kluster lain

29. Jalan GC Satu di Sepang, Selangor - 20 kes (pendidikan)
 
30. Jalan Dwitasik Satu di Cheras, Kuala Lumpur - 9 kes (pendidikan)

31. Dah Kempas di Kuala Muda, Kedah - 57 kes (kumpulan berisiko tinggi)

32. Taman Kok Doh di Kepong, Kuala Lumpur - 9 kes (kumpulan berisiko tinggi)

Tambah Dr Noor Hisham kluster dilaporkan ini menjadikan jumlah kluster aktif kepada 946 daripada keseluruhan kluster 3,361 direkodkan di negara ini.

Katanya, setakat ini 2,415 kluster telah tamat. – 22 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen