10 doktor kontrak letak jawatan serta merta di hospital Klang


Ravin Palanisamy

Sepuluh doktor kontrak berkenaan menyatakan keletihan, kurang peluang kerjaya dan tekanan melampau menjadi sebab mereka meletakkan jawatan dengan notis pendek.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2021.

SEPULUH doktor kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang meletakkan jawatan sejak beberapa minggu lalu dengan menghantar notis 24 jam.

Doktor berkenaan yang enggan identitinya didedahkan memberitahu The Malaysian Insight, keletihan, kurang peluang kerjaya dan tekanan melampau menjadi sebab mereka meletakkan jawatan dengan notis singkat.

Seorang doktor dari Jabatan Kecemasan, yang meletakkan jawatan semalam berkata dengan masa depan doktor kontrak yang kabur dan pengalaman teruk dalam mengendalikan pesakit Covid-19 memberi kesan mendalam kepadanya, yang kemudian membuat keputusan untuk berhenti.

Katanya hospital berkenaan kini dalam keadaan kritikal dan tidak dapat menampung kesesakan pesakit Covid-19. yang kebanyakannya adalah pesakit Kategori 4 dan ke atas.

“Kebanyakan pesakit adalah dari Kategori 4 dan di Jabatan Kecemasan sahaja ada kira-kira 300 hingga 400 pesakit yang masih menunggu untuk rawatan.

“Kami merendahkan pesakit kerana kami serba kekurangan. HTAR tidak dapat menguruskannya!

“Setiap hari, kamu ditugaskan menjaga pesakit Covid-19 yang menunggu ajal. Ianya sangat menyedihkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya pada syif terakhirnya beliau merasa hilang harapan dan tidak sanggup melihat dua pesakit meninggal dunia di kerusi roda kerana wabak itu.

“Kita ada pesakit kritikal duduk di kerusi roda kerana ketiadaan katil.

“Beberapa pesakit memerlukan kanula namun kami kekurangan bekalan dan pesakit tidak dapat dirawat.

“Terlalu banyak benda. Saya rasa putus harapan dan tidak berdaya,” katanya.

Peningkatan kes Covid-19 menyebabkan hospital di Lembah Klang mengalami masalah. – 22 Julai, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen