30 kluster baharu Covid-19 dikesan 


Ravin Palanisamy

Kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif kepada 931.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2021.

TIGA puluh kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif kepada 931, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau berkata 17 daripadanya dikesan di tempat kerja, lapan daripada penularan komuniti, kumpulan berisiko tinggi dan agama masing-masing dua kluster dan satu dikesan di institusi pendidikan yang berdaftar dengan kerajaan. 

Daripada kluster tempat kerja, lima direkodkan di Selangor, empat di Pulau Pinang, tiga di Johor, dua di Sabah dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Kedah dan Perak. 

Sementara itu bagi penularan komuniti, tiga kluster dikesan di Kelantan, dua di Johor dan satu masing-masing di Sarawak, Kedah dan Pahang. 

Dua kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Kuala Lumpur, manakala Kelantan dan Terengganu merekodkan satu kluster agama dan Johor merekodkan satu kluster sektor pendidikan. 

30 kluster baharu berkenaan adalah:

Tempat kerja

1. Tapak Bina Jalan Langat di Klang, Selangor - 40 kes

2. Industri Jalan Jati Kiri di Klang, Selangor - 55 kes

3. Industri Anggerik Mokara 47 di Klang, Selangor - 19 kes

4. Industri Sg Kayu Ara 32 di Klang, Kuala Langat dan Petaling - 77 kes

5. Industri Meranti Utama Satu di Sepang, Selangor - 17 kes

6. Jalan Seladang di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 22 kes

7. Jalan Jelawat Satu di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 5 kes

8. Industri Sg Baong di Seberang Perai Selatan dan Tengah, Pulau Pinang - 14 cases

9. Tingkat Mak Mandin Lima di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 25 kes

10. PLO Jalan Tembaga di Johor Bahru, Johor - 14 kes

11. Jalan Tanjong Puteri di Johor Bahru, Johor - 10 kes

12. Simpang Pinggiran Tongkang di Batu Pahat, Johor - 19 kes

13. Lorong Bukit Enam di Cheras, Kuala Lumpur - 95 kes

14. Tapak Bina Dah Pauh di Pendang dan Kuala Muda, Kedah - 18 kes

15. Sawit Lung di Beluran, Sabah - 15 kes

16. Industri KKIP Selatan di Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah - 12 kes

17. Pengkalan Barat 2 di Kinta, Perak - 9 kes

Komuniti

18. Jalan Melor Ketereh di Kota Bharu, Kelantan - 19 kes

19. Kampung Sireh di Kota Bharu, Kelantan - 9 kes

20. Kampung Joh di Machang, Kelantan - 18 kes

21. Jalan Melur Tangkak di Tangkak, Johor - 12 kes

22. Jalan Paip di Tangkak, Johor - 12 kes

23. Sg Sebatu di Meradong, Sarawak - 33 kes

24. Dah Kuala Jerlun di Kubang Pasu, Kedah - 30 kes

25. Nabun di Lipis, Pahang - 21 kes

Kluster lain 

26. Jalan Daud di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 9 kes (berisiko tinggi)

27. Lorong Ampang Dua di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 25 kes (berisiko tinggi)

28. Taman Sentosa Neram di Kuantan, Pahang - 27 kes (agama)

29 Kampung Hujung Tanjung di Kota Bharu, Kelantan - 11 kes (agama)

30. Kg Tengah Dalam di Kluang, Johor - 30 kes (pendidikan)

Noor Hisham berkata kluster hari ini menjadikan julah keseluruhan kluster di seluruh negara kepada 3,329. – 21 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen