13 daripada 18 kluster Covid-19 yang dikesan dalam 24 jam terakhir ini melibatkan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata jumlah kluster dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 920.
Tambahnya, daripada 13 kluster tempat kerja itu, empat dikesan di Selangor, tiga di Johor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Dr Noor Hisham berkata dua kluster berkaitan jangkitan komuniti, dua kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan turut dilaporkan hari ini.
18 kluster baharu itu membabitkan:
Tempat kerja
1. Industri Jalan Haji Sirat di Klang, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor - 140 kes
2. Industri Persiaran Subang di Petaling, Klang dan Hulu Langat, Selangor - 107 kes
3. Alam Jaya Lima di Kuala Selangor, Selangor - 33 kes
4. Industri Kenanga Satu di Hulu Selangor dan Hulu Langat, Selangor - 20 kes
5. Simpang Jeram di Muar, Johor - 20 kes
6. Jalan Sri Pelangi di Johor Bahru, Johor - 17 kes
7. Jalan Istimewa Dua di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor - 14 kes
8. Tapak Bina Jalan Kia Peng di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 51 kes
9. Jalan Berhala Merah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 12 kes
10. Jalan Stadium di Kota Bharu, Kelantan - lapan kes
11 Industri Teknologi Cheng 30 di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka - 68 kes
12. Jalan Waterfront di Port Dickson, Negri Sembilan - 42 kes
13. Pasar Besar Dungun di Dungun, Terengganu - 51 kes
Jangkitan komuniti
14. Kampung Pukak di Tuaran, Sabah - 17 kes
15. Kampung Sungai Seputeh di Larut, Matang dan Selama, Perak - 10 kes
Kumpulan berisiko tinggi
16. Jalan Bukit Chagar di Johor Baru, Johor - 61 kes
17. Paya Luas di Temerloh, Bera, Jerantut, Maran dan Bentong, Pahang - 101 kes
Pusat tahanan
18. DTI Bidor di Batang Padang, Hilir Perak, Kerian dan Manjung, Perak - 48 kes
Dr Noor Hisham berkata penambahan jumlah kluster hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 3,299.
Tambahnya, 2,379 kluster telah tamat hari ini. – 20 Julai, 2021.
Komen