12,366 kes baharu Covid-19, Selangor paling tinggi, kata KP Kesihatan 


Hari ini jumlah kes harian dilaporkan naik melebihi 12,000 selepas dua hari berturut-turut kes berada dalam lingkungan 10,000, kata Dr Noor Hisham. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2021.

HARI INI 12,366 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, dengan Selangor sekali lagi menyumbang sebanyak 5,524 kes, menjadikan jumlah keseluruhan negeri itu sebanyak 332,347, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Buat 79 hari berturut-turut Selangor menjadi negeri paling banyak kes. 

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kuala Lumpur melaporkan jumlah harian kedua tertinggi dengan 1,580 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 970 kes.

Negeri lain yang melaporkan kes baru ialah Johor dengan 793 kes disusuli Sabah (657), Sarawak (351), Pulau Pinang (460), Kelantan (179), Kedah (701), Perak (295), Melaka (309), Pahang (288) dan Terengganu (190), Putrajaya (50) dan Labuan (17).

Sementara itu, hanya dua kes sahaja dilaporkan di Perlis setakat tengah hari ini.

Ini menjadikan hari ini sebagai hari kelapan berturut-turut Malaysia melaporkan lebih daripada 10,000 jangkitan harian. Kes harian paling tinggi adalah 13,215 dilaporkan 15 Julai lalu.

Justeru, jumlah keseluruhan kes di negara kini bertambah menjadi 939,899.

Sementara itu, jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 yang disuntik di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah 14.72 juta.

Daripada jumlah itu, 10.09 juta atau 30.9% orang dewasa Malaysia sudah menerima satu dos vaksin, manakala baki 4.67 juta atau 14.3% lagi sudah lengkap dua dos vaksin. – 20 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen