Pakej Pemulih untuk pengusaha pelancongan telalu sedikit, kata DAP


Dianggarkan 63% pekerja industri perhotelan telah diberikan cuti tanpa gaji, manakala 120 daripada 320 hotel telah ditutup dengan kadar penghunian kurang dari 20%, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, merujuk kepada tinjauan oleh Persatuan Hotel Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2021.

BANTUAN sekali beri RM3,000 di bawah pakerj Pemulih untuk pengendali pelancongan di tidak cukup buat sektor yang sudah mengalami kerugian besar, kata DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jumlah itu tidak seberapa malah kerajaan tidak betul-betul membantu industri pelancongan.

“8 pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal membantu industri pelancongan yang kerugian RM100 bilion tahun lalu dan dijangka mencatat kerugian besar tahun ini. 

“Pakej Pemulih terbaharu yang menawarkan bantuan bernilai RM16 juta dalam bentuk bantuan one-ff’ RM3,000 kepada agensi pelancongan, hanya menunjukkan bahawa Menteri Pelancongan sekarang hilang dan betapa besarnya bantuan kewangan yang dinafikan oleh Kerajaan PN kepada industri pelancongan,” kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Industri, yang menyumbang 15.9% atau RM240 bilion kepada KDNK Malaysia menurut Jabatan Statistik, memerlukan bantuan yang lebih mendesak kerana RM3,000 hanya akan dikeluarkan apabila negara tersebut berada dalam Fasa Tiga Rancangan Pemulihan Nasional.

Fasa ketiga hanya akan dilaksanakan apabila jumlah kes harian Covid-19 turun ke bawah 2,000, manakala 40% penduduk telah sepenuhnya divaksinasi dan katil cukup di unit rawatan rapi (ICU).

Walaupun kini kadar vaksinasi meningkat, kes harian masih tinggi melebihi 10,000. Setakat semalam, kes aktif paling tinggi diacatatkan dengan 128,997.

“Industri pelancongan terlalu penting untuk diabaikan atau dipinggirkan tanpa bantuan kewangan bersepadu.

“Sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin susah ketandusan idea mengenai bagaimana untuk membantu industri pelancongan, sekurang-kurangnya apa yang dapat dilakukan beliau ialah menggandakan program subsidi gaji untuk semua pekerja industri pelancongan, menawarkan moratorium pinjaman bank tanpa faedah, subsidi sewa dan geran perniagaan.

“Walaupun kita boleh berdebat mengenai jumlah yang perlu diberikan, masalahnya adalah jika tidak ada langsung bantuan yang ditawarkan, dijangka tidak ada yang dapat terus bertahan,” kata Lim.

Tambahnya sektor berkait dengan industri pelancongan seperti perhotelan dan perniagaan restoran juga terjejas teruk.

Memetik statistik tinjauan Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Lim berkata, dianggarkan 63% pekerja industri perhotelan telah diberikan cuti tanpa gaji, manakala 120 daripada 320 hotel telah ditutup dengan kadar penghunian kurang dari 20%. – 20 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen