Kastam Vietnam rampas 138kg tanduk badak sumbu


Tanduk badak sumbu dilarang diperdagangkan, diimport atau dieksport dari Vietnam kerana termasuk dalam senarai hidupan liar terancam yang dilindungi Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam sejak 1994. – Gambar fail EPA, 19 Julai, 2021.

PIHAK kastam di pusat bandar Da Nang telah mengesan penghantaran 138 kilogram tanduk badak sumbu serta 3.1 tan tulang haiwan liar yang sukar ditemui dan berharga, diimport dari Afrika Selatan di pelabuhan bandar Tien Sa.

Pemilik penghantaran berkenaan mengisytiharkan barangan itu sebagai kayu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tanduk badak sumbu dilarang diperdagangkan, diimport atau dieksport dari Vietnam kerana termasuk dalam senarai hidupan liar terancam yang dilindungi Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), sejak 1994. – Bernama, 19 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen