Suhakam terima notis hentikan siasatan kehilangan Pastor Koh


Noel Achariam

Panel Suhakam yang menyiasat kes kehilangan Pastor Koh keluar daripada pejabat suruhanjaya itu selepas memaklumkan penangguhannya hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Januari, 2018.

SIASATAN awam terhadap kes kehilangan Pastor Raymond Koh digantung pada jam 11 selepas diketahui bahawa polis telah menuduh suspek berhubung dengan kehilangan itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), yang menjalankan siasatan awam diberitahu bahawa polis telah mendakwa suspek berkaitan penculikan berkenaan dan ia menjadi kes mahkamah, siasatan terhadap kehilangan pastor berkenaan perlu dihentikan. 

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semalam. 

“Suhakam menerima surat pada jam 3 petang semalam yang menyatakan polis telah menahan suspek berhubung kes Koh pada 2 Januari lalu. 

“Kita telah bersedia untuk menyambung siasatan hari ini. Bagaimanapun, kami dimaklumkan pada saat akhir untuk menghentikan siasatan,” katanya. 

Mah kemudiannya menghubungi peguam yang mewakili keluarga Koh dan Majlis Peguam dan kumpulan terbabit ditangguhkan ke pejabat yang terletak di tingkat 13 pejabat Suhakam di mana siasatan itu berlangsung.

Kumpulan berkenaan mengadakan perbincangan lebih 20 minit sebelum Mah keluar dan memaklumkan siasatan kes kehilangan Koh ditangguhkan. 

Mah berkata Suhakam akan meneruskan siasatan ke atas kehilangan Amri Che Mat dan Pastor Joshua dan Ruth Hilmy. 

“Kita akan meneruskan kes mereka apabila siasatan bersambung,” katanya. 

Panel Suhakam bertujuan untuk menentukan sama ada penculikan Koh, serta kehilangan tiga orang lagi pada tahun 2016, adalah kes-kes kehilangan paksa yang dijalankan oleh kerajaan.

Selain Mah, dua lagi panel pesuruhjaya terlibat adalah Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha. – 16 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen