SEBANYAK 17 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk satu di Tawau, Sabah yang mempunyai lebih 100 kes positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Katanya, kluster Tawau melibatkan saringan yang disasarkan di pusat tahanan.
Lebih satu per lapan atau 159 daripada 859 orang yang disaring di pusat tahanan Tembok Tawau Dua disahkan positif Covid-19.
Ini menjadikannya kluster dengan jumlah kes tertinggi hari ini.
Selain itu, terdapat 10 kluster tempat kerja tersenarai hari ini merangkumi:
Industri Desa Aman di Gombak and Petaling, Selangor – 46 kes
Industri Jalan Klinik di Klang, Selangor – 67 kes
Persiaran Pekeliling Bangi di Hulu Langat, Selangor –17 kes
Agathis di Kalabakan, Sabah –33 kes
Sri Sandau di Kinabatangan,Sabah –11 kes
Jalan Segambut Dua di Kinabatangan, Sabah–11 kes
Industri Jalan Usaha 2, Melaka Tengah, Melaka –22 kes
Dah Padang Temusu di Kuala Muda and Pendang, Kedah –36 kes
Batu Enam Pandan, Johor Bahru, Johor –12 kes
Lorong MIEL Lundang di Machang, and Tumpat, Kota Bharu –6 kes
Kluster ini antara lain dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan dan ladang.
Terdapat juga satu kluster yang melibatkan golongan berisiko tinggi yang dikenali sebagai Batu Tiga Utara di Sandakan, Sabah.
Kluster itu yang dikesan di pusat dialysis dengan semua 20 orang disaring positif Covid-19.
Lima kluster lain hari ini berpunca dari penyebaran komuniti.
Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 905 kluster aktif di negara ini. – 18 Julai, 2021.
Komen