PERDANA Menteri United Kingdom Boris Johnson hanya akan melaksanakan ‘satu-satunya urusan penting kerajaan’ pada minggu depan.
Ia selepas perkhidmatan kesihatan negara itu mengesahkan beliau menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti Covid-19, demikian menurut Downing Street hari ini.
Menurut jurucakap negara itu, Johnson dan menteri kewangan, Rishi Sunak menjadi kontak rapat kepada Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid yang disahkan positif Covid-19, semalam.
Bagaimanapun, kedua-duanya akan mengikuti skim peritis kerajaan yang membolehkan mereka terus bekerja.
Berdasarkan peraturan terbaru itu, individu yang terlibat mesti mengambil ujian harian dan mebuat pengasingan kendiri ketika tidak bekerja.
Perkembangan ini susulan kerajaan pimpinan Johnson bersiap untuk menghapus sekatan pandemik di England pada esok. – AFP, 2 Julai, 2021.
Komen