BEKAS Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan menghentikan sebaran data terperinci berhubung kes kematian harian akibat Covid-19 secara terbuka.
“(Saya) benar-benar ingin tahu mengapa Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berhenti berkongsi data terperinci mengenai kematian.
“Adakah mereka tidak senang dengan plot saya bahawa kematian jelas melibatkan kumpulan usia yang lebih muda? Mereka harus berterima kasih atas peringatan itu.
“Ya, Kementerian Kesihatan perlu lakukannya,” kata Dzulkefly di Twitter hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menandakan Kementerian Kesihatan dan Noor Hisham dalam tweetnya.
Dr Dzulkefly membalas ciapan tweet pakar pediatrik Dr Amar Singh HSS mengenai apakah boleh untuk bertanyakan kepada kementerian mengapa mereka perlu berhenti menyebarkannya termasuk data mengenai kematian dalam kenyataan media harian Covid-19.
“Tidak maklumat di hospital mana pesakit meninggal dunia, tidak tahu berapa usianya, dan sebagainya sejak 14 Julai lalu. Umur sangat penting untuk memahami perubahan pandemik,” kata Dr Amar.
Profil si mati termasuk jantina, umur, tempat kematian dan sejarah kesihatan mereka adalah sebahagian daripada kenyataan media harian sejak kematian pertama akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada 17 Mac 2020.
Namun, kementerian berhenti memberikan data tersebut sejak 14 Julai.
Dr Dzulkefly juga menekankan dalam tweet sebelumnya bahawa kematian di kalangan orang muda dan kes kematian di rumah semakin meningkat. – 18 Julai, 2021.
Komen