BALAI Polis Kuala Sungai Baru di Alor Gajah ditutup bermula pukul 2 petang ini sehingga 26 Julai depan berikutan beberapa anggota polis dijangkiti Covid-19, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu.
Beliau berkata mana-mana individu dari kawasan berkenaan yang mempunyai urusan termasuk permohonan permit rentas daerah dan negeri, mereka boleh berbuat demikian di Balai Polis Lubuk Cina dan Balai Polis Masjid Tanah.
“Perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru seperti rondaan cegah jenayah dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB).
“Penduduk khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Alor Gajah di talian 06-5564153 atau 06-5566573 yang dibuka 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama, 17 Julai, 2021.
Komen