37 kluster baharu dikesan hari ini, kata KP kesihatan


Ravin Palanisamy

Satu daripada kluster komuniti dikesan di Bangsar apabila 131 orang diuji positif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2021.

SEBANYAK 37 kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kepada 893, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum ini, hanya 30 kluster dilaporkan pada 9 Julai.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada kluster tersebut, 19 dikesan di tempat kerja, lapan penularan komuniti, empat dikaitkan dengan pusat tahanan, tiga dikesan di antara kumpulan berisiko tinggi, dan tiga melibatkan sektor pendidikan.

Noor Hisham berkata satu daripada kluster komuniti dikesan di Bangsar, Kuala Lumpur apabila 131 orang diuji positif Covid-19, sementara kluster pusat penahanan Bakti 2 dan Kolam Air 2 berulang.

Katanya, Johor melaporkan kluster paling banyak iaitu lapan, diikuti Selangor (5) dan Pulau Pinang (4).

Negeri lain yang melaporkan kluster baharu adalah Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur dengan masing-masing tiga. Melaka, Terengganu, Perak dan Sarawak (masing-masing dua), dan Negeri Sembilan, Kedah dan Sabah (masing-masing satu).

Kluster tersebut adalah:

Tempat kerja
1. Satu Lagenda di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka - 39 kes.
2. Tapak Pembinaan Jalan Lagong di Gombak, Selangor - 37 kes.
3. Jalan Mayang Pasir di Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang - 33 kes.
4. Industri Alam Jaya Tiga di Kuala Selangor, Selangor - 31 kes.
5. Lorong Baiduri Satu di Maran, Jerantut dan Temerloh, Pahang - 27 kes.
6. Industri Lot Satu di Melaka Tengah, Melaka - 26 kes.
7. Lorong Gemia di Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu - 24 kes.
8. Jalan Mahkota Kuantan di Kuantan, Pahang - 21 kes.
9. Jalan Setiawangsa 11 di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 20 kes.
10. Persiaran Cassia Selatan Satu Di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang - 17 kes.
11. Lorong IKS Juru Tiga di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 16 kes.
12. Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan - 16 kes.
13. Jalan Industri Rukun Dua di Kuala Selangor, Selangor - 14 kes.
14. Setapa di Kota Tinggi, Johor - 13 kes.
15. Jalan Gunung 32 Tempat Kerja Johor Johor Bahru - 12 kes.
16. Jalan Chengal Temerloh di temerloh, Pahang - 12 kes.
17. Seksyen 11 Jalan Maju di Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kelantan - 10 kes.
18. Jalan Lok Heng di Kota Tinggi, Johor - 10 kes.
19. Persiaran SIBC Satu di Perak Tengah, Perak - 8 kes.

Komuniti
20. Jalan Bangsar di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 131 kes.
21. Tok Jiring di Kuala Nerus, Terengganu - 33 kes.
22. Lempaong di Betong, Sarawak - 31 kes.
23. Kampung Alor Hijau di Pasir Puteh, Kelantan - 25 kes.
24. Bukit Tinggi di Meradong, Sarawak - 21 kes.
25. Kg Lubuk Pusing di Manjung, Perak - 21 kes.
26. Kg Kukup di Pontian, Johor - 18 kes.
27. Terusan Utama di Sabak Bernam, Selangor - 16 kes.

Pusat tahanan
28. Pusat Tahanan Bakti 2 di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan - 402 kes.
29. Pusat Tahanan Kolam Air 2 di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang, Kedah - 94 kes.
30. Pusat Tahanan Tembok Choh 3 di Johor Bahru, Johor - 79 kes.
31. Pusat Tahanan Tembok Tawakal Kluang di Kluang, Johor - 49 kes.

Kumpulan berisiko tinggi
32. Batu Tujuh Jalan Kebun di Klang, Selangor - 55 kes.
33. Pekan Ranau di Ranau, Sabah - 15 kes.
34. Mahkota Batu 19 di Kulai dan Johor Bahru, Johor - 6 kes.

Sektor pendidikan
35. Jalan Pulai Indah 27 di Johor Bahru, Johor - 14 kes.
36. Jalan Cengal Selatan di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 13 kes.
37. Putra Bertam di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 11 kes.

Noor Hisham berkata penambahan kluster ini menjadikan jumlah kluster di negara sebanyak 3,205, sementara 2,312 kluster diisytiharkan tamat. – 16 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen