UJIAN pantas Covid-19 akan diperkenalkan buat pekerja di pusat pemberian vaksinasi (PPV) mega PPV selepas sebuah pusat di Shah Alam ditutup selama sehari minggu ini setelah kakitangan dijangkiti, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan itu berkata kerajaan sedang mengkaji model saringan dan mempertimbangkan jadual pelaksanaan ujian tersebut.
“Kami akan buat beberapa ujian pantas di PPV. Ada kemungkinan kami akan buat secara asas, dan kami masih mengkaji model untuk saringan. Mungkin kami akan guna ujian air liur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,” kata Khairy pada sidang media maya bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.
Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata dasar awam kerajaan adalah hanya buat ujian Covid-19 pada orang yang menunjukkan gejala, namun ujian biasa untuk pekerja di PPV kini sedang dipertimbangkan.
Pada 13 Julai, PPV Ideal Convention Centre di Shah Alam ditutup selama satu hari kerana kerja-kerja sanitasi setelah kakitangan diuji positif Covid-19.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menasihati semua orang yang pergi ke sana antara 9 dan 12 Julai untuk janji temu vaksinasi memantau diri sendiri, dan membuat ujian saringan jika mereka ada gejala. Mereka yang mempunyai janji temu pada 13 Julai akan dijadualkan semula. – 16 Julai, 2021.
Komen