2 kluster libatkan rumah panjang dikesan di Sarawak


Sarawak hari ini mencatatkan 423 kes baharu Covid-19 dengan 2 kluster melibatkan rumah panjang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2021.

DUA kluster baharu Covid-19 melibatkan rumah panjang dikesan di Sarawak hari ini menjadikan kluster aktif di negeri itu kini berjumlah 96, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan ia membabitkan Kluster Bukit Tinggi yang juga kluster komuniti di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bukit Tinggi, Ulu Strass di Meradong.

Menurut kenyataan itu, 29 individu telah disaring bagi kluster tersebut dengan 21 didapati positif Covid-19 termasuk kes indeks, enam negatif dan dua masih menunggu keputusan.

Dalam pada itu, Kluster Lempaong yang juga kluster komuniti dikesan hasil saringan bersasar melibatkan penduduk dua buah rumah panjang di Lempaong Spak, daerah Betong.

“Sebanyak 55 individu disaring dan 31 didapati positif Covid-19 termasuk kes indeks, 23 negatif dan satu masih menunggu keputusan,” menurut JPBN.

Sarawak hari ini mencatatkan 423 kes baharu Covid-19. – Bernama, 16 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen