460,158 vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam, kata JKJAV


Setakat semalam seramai 304,807 sudah menerima dos pertama mereka dan 115,351 menerima dos kedua menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2021.

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 13,107,716 dos. – Bernama, 16 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen