HOTEL Grand Seasons empat bintang di Kuala Lumpur diubah menjadi rumah persinggahan bagi golongan miskin yang terkena wabak Covid-19.
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini mengatakan Rumah Prihatin@Grand Seasons akan diserahkan kepada sekumpulan pertubuhan awam yang diketuai oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk membantu golongan miskin semasa wabak.
“Ini kerjasama dengan Hotel Grand Seasons,” kata Annuar.
“Program ini akan menawarkan enam komponen utama sesuai dengan konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin untuk membantu masyarakat.
“Enam komponen tersebut adalah dapur Prihatin, bank makanan, penginapan Prihatin, perkhidmatan kesihatan mental Prihatin, perkhidmatan vaksinasi Prihatin, dan pusat operasi Jejak Prihatin.”
Kira-kira 30 individu hadir mendapatkan bantuan makanan pada pelancaran hari ini.
Kira-kira 300 bilik disediakan untuk barisan hadapan dan golongan miskin, berdasarkan permintaan.
Annuar berkata YWP akan menjalankan program ini selama dua tahun secara bergilir bagi tempoh enam bulan.
Hotel ini ditutup pada 28 Februari 2019 dan mempunyai lebih 600 bilik.
Awal hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata orang ramai tidak perlu mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan kerana kerajaan memberikan bantuan kepada kumpulan sasaran.
Beliau mengulas kempen bendera putih yang digerakkan oleh media sosial, dilancarkan pada awal bulan untuk membantu keluarga yang memerlukan bantuan.
“Tidak perlu menggantung bendera putih atau hitam, tetapi tidak mengapa menggantung bendera biru,” kata Muhyiddin, merujuk pada warna Perikatan Nasional, yang berwarna biru. – 15 Julai, 2021.
Komen