Kes aktif Covid-19 terus meningkat 


Ravin Palanisamy

13,215 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 6,095 kes pulih.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 15 Julai, 2021.

KES aktif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan pada 108,369 hari ini selepas negara terus merekodkan lebih banyak kes jangkitan baharu berbanding kes pulih, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua Pengarah Kesihatan berkata Malaysia hari ini merekodkan 13,215 kes jangkitan baharu berbanding 6,095 kes pulih.

Ini merupakan hari ke-20 berturut-turut jumlah kes jangkitan melebihi kes pulih.

Daripada jumlah kes aktif, 885 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 432 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 110 kes kematian turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 6,613.

Dr Noor Hisham berkata Selangor merekodkan 45 kematian, Kuala Lumpur (23), Negeri Sembilan (11), Johor (7), Pahang (5), Kedah dan Sarawak (4), Melaka dan Kelantan (3), Sabah (2), serta Pulau Pinang, Perak dan Labuan (1).– 15 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen