SERAMAI 12% rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat hari ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Melalui hantarannya di Twitter, beliau berkata setakat hari ini, sebanyak 2.3 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), jumlah tertinggi bagi sesebuah negeri di Malaysia.
“Saya turut ingin memaklumkan peratus penggunaan vaksin di Selangor adalah 78% berdasarkan bekalan yang diterima dari Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata baki vaksin berjumlah 618,000 dos diberi janji temu untuk tempoh tujuh hari mengambil kira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000. – Bernama, 15 Julai, 2021.
Komen