ARGENTINA semalam menjadi negara Amerika Latin kelima yang mencatatkan lebih 100,000 kematian akibat Covid-19, menurut data kementerian kesihatan.
Negara Amerika Selatan mencatatkan 614 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlahnya sebanyak 100,250 di antara populasi 45 juta.
Negara itu kini mencatatkan lebih 4.7 juta kes walaupun kadar jangkitan baharu semakin perlahan disebabkan kemajuan yang dicapai dalam program vaksinasi Argentina selama beberapa minggu terakhir.
Lebih 5,000 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lebih 62% katil di ICU sudah dipenuhi.
Semasa kemuncak virus di Argentina pada April, lebih 80% katil di ICU sudah digunakan.
Lebih 20.6 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang mana 5.1 juta diimunisasi sepenuhnya, menurut pihak berkuasa.
Ini bermaksud lebih 60% populasi orang dewasa dan 45% daripada jumlah keseluruhannya mempunya sekurang-kurangnya satu dos. – AFP, 15 Julai, 2021.
Komen