Kakitangan pejabat ahli Parlimen Alor Gajah positif Covid-19, kata Redzuan


Diyana Ibrahim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan ada kakitangannya di pejabat Ahli Parlimen Alor Gajah Melaka positif Covid-19, namun enggan mendedahkan berapa ramai kakitangannya itu disahkan positif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan ada kakitangannya di pejabat Ahli Parlimen Alor Gajah Melaka positif Covid-19.

Pejabat itu kini ditutup untuk proses sanitasi, katanya.

Beliau yang juga menteri tugas-tugas khas bagaimanapun menafikan semua kakitangannya dijangkiti Covid-19 tetapi semua yang terlibat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

“Tidak semua daripada 20 orang itu disahkan positif Covid-19. Hanya sebahagian saja tapi semuanya sekarang kita dah arahkan untuk menjalani kuarantin,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Redzuan enggan mendedahkan dengan lebih terperinci jumlah sebenar kakitangannya yang dijangkiti Covid-19.

Notis di laman Facebook pejabat itu memaklumkan pusat khidmat rakyat Alor Gajah antara 12 hingga 26 Julai ini.

The Malaysian Insight mendapatkan pengesahan Redzuan selepas menerima maklumat kakitangan pejabat Parlimen Alor Gajah yang positif Covid-19 diletakkan di sebuah banglo dan bukan di fasiliti Kementerian Kesihatan.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ismail Ali berkata beliau masih tidak menerima maklumat mengenai perkara itu.

“Setakat ini kita masih tiada info lagi,” katanya ringkas dan terus mengakhiri perbualan. – 14 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen