Bekas pembantu Azmin minta Dr Noor Hisham letak jawatan


Chan Kok Leong

Setiausaha akhbar Azmin, Adlin M Zabri berkata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah gagal melakukan perancangan tepat dan tidak mampu menangani pandemik Covid-19. – Gambar Twitter, 13 Julai 2021.

BEKAS pembantu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menyalahkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di atas lonjakan kes Covid-19 19 ketika kerajaan terus menerima tekanan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan.

“DR, anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan seluruh sekatan pergerakan penuh ini menunjukkan anda tidak mampu menangani (pandemik Covid-19).

“Teruskan dengan pembedahan atau lebih baik berhenti,” kata setiausaha akhbar Azmin, Adlin M Zabri di Twitter.

Walaupun Adlin tidak menyebut Dr Noor Hisham secara langsung, dia memuat naik kenyataan itu di Twitter bersama keratan berita bertajuk “Netizens rebuke DG over his post on CACs in Selangor”.

Dr Noor Hisham yang menyenaraikan Pusat Penialaian Covid-19 (CAC) di Selangor di Twitter hari ini, menggesa orang ramai untuk tidak memberi tumpuan kepada CAC Stadium Melawati di Shah Alam selepas laporan media mengenai kesesakan CAC semalam.

Adlin juga menyoal Dr Noor Hisham dengan nadas sinis dalam ciapan di Twitternya sebelum ini.

Menerusi Twitter Adlin berkata “KP kesihatan – Apa yang berlaku? (Ini) mesti disebabkan oleh sektor pembuatan.

Tweet Adlin turut disertakan dengan tangkap layar berita mengenai 204 kakitangan Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di IDCC di Shah Alam yang dijangkiti Covid-19.

Sebelum itu, pada 10 Julai Adlin menerusi Twitter menulis: ““KP kesihatan…harap (anda) mendengar ini,”

Tweet itu disertakan video yang memetik Dr Maria Van Kerkhove dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mengatakan bahawa terdapat peningkatan jangkitan lebih dari 20 negara dalam seminggu terakhir.

Salah satu sebab peningkatan itu kata Van Kerkhove, adalah kerana “penggunaan langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang tidak sesuai”. Beliau menambah bahawa langkah-langkah ini tidak semestinya merangkumi perintah sekatan pergerakan.

Kenyataan Adlin di Twitter tidak mengejutkan kerana Azmin mendesak kerajaan untuk membenarkan semua sektor pembuatan beroperasi semula.

Pengkritik juga mengecamnya kerana membenarkan banyak perniagaan beroperasi di bawah PKP yang dikatakan adalah penyebab kes Covid-19 tidak terkawal.

Muhyiddin dan kerajannya mendapat tekanan luar biasa baru-baru ini berikutan peningkatan jangkitan dan kematian baharu setiap hari walaupun pelaksanaan PKP oleh kerajaan. 

Pemeriksaan kemudian mendapati Adlin telah memadamkan akaun Twitternya.– 13 Julai 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen