DASAR Keselamatan Negara (DKN), yang diwujudkan pada 2017, telah disemak semula bagi memastikan segala strategi dasar tersebut sejajar dengan bentuk ancaman semasa, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata DKN versi 2021-2025 telah mengambil kira ancaman Covid-19 dan strategi untuk menanganinya.
“Penularan pandemik Covid-19 pada skala global bermula Mac 2020 turut memberi ancaman yang berbeza kepada negara dan MKN khususnya,” katanya dalam rakaman ucapan sempena sambutan Jubli Emas MKN hari ini.
Selain itu, Muhyiddin berkata pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh MKN turut merangkumi konsep Keselamatan Menyeluruh atau ‘Comprehensive Securit’y’ (COMSEC) iaitu suatu doktrin baharu bagi menggantikan konsep Pertahanan Menyeluruh atau Hanruh, yang menggabungkan elemen keselamatan dalam negeri, pertahanan, ketenteraman awam, politik, ekonomi, sosial, kesihatan awam serta alam sekitar.
“Bagi melaksanakan konsep tersebut, seluruh jentera keselamatan negara di semua peringkat pentadbiran dan seluruh rakyat Malaysia perlu menggembleng tenaga dan usaha untuk menggalas tanggungjawab tersebut,” kata Muhyiddin. – Bernama, 13 Julai, 2021.
MENYUSUL
Komen