MALAYSIA hari ini mencatatkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) iaitu seramai 972 orang sementara jumlah kematian pula seramai 125 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 456 pesakit di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kematian keseluruhan kini berjumlah 6,385 orang.
Hari ini sebanyak 11,079 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Ini juga pertama kali jumlah jangkitan harian melebihi lima angka.
Sementara itu, jumlah kes pulih Covid-19 berada pada tahap tertinggi iaitu sebanyak 5,990 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 753,328. – 13 Julai, 2021.
Komen