Kadar kebolehjangkitan Covid-19 1.15 setakat semalam, kata KP kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Julai, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, Melaka dan Terengganu masing-masing (1.08).

Selain itu, Perak dengan nilai Rt 1.07, Pulau Pinang (1.05) serta Negeri Sembilan dan Johor masing-masing (1.02).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Bernama, 12 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen