VIETNAM akan mengenakan sekatan pergerakan di bandar Can Tho yang terletak di tebing Sungai Mekong selama 14 hari bermula hari ini, kata kerajaan pada Ahad.
Bandar yang berjumlah 1.23 juta penduduk di wilayah selatan itu melaporkan tujuh jangkitan sejak seminggu lalu, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Selepas berjaya membendung penyakit ini, Vietnam menghadapi wabak yang lebih bahaya sejak akhir April, dengan jangkitan harian meningkat ke tahap yang tinggi.
Kementerian kesihatan hari ini mengesahkan 659 penularan baharu tempatan di sembilan wilayah, menjadikan jumlah jangkitan dalam gelombang yang berterusan kepada 26,930.
Kes terbaharu ini, 544 dilaporkan di Bandaraya Ho Chi Minh, termasuk 369 di zon kuarantin dan kawasan yang dikenakan sekatan pergerakan.
Sementara itu, 175 kes lagi tidak diketahui punca penularannya. Wilayah Tien Giang mencatatkan 43 kes yang semuanya berkaitan dengan pesakit yang disahkan sebelumnya.
Vietnam mencatatkan 29,816 jangkitan dan 116 kematian - angka yang sangat rendah berbanding beberapa negara Eropah, India dan Amerika Syarikat.
Negara itu sejak seminggu lalu mulai mengenakan sekatan pergerakan di beberapa bandar besar, termasuk pusat ekonomi Ho Chi Minh dan ibu negara Hanoi. – Agensi, 12 Julai 2021.
Komen