12 pendatang maut nahas bas di Turki


SERAMAI 12 orang maut manakala 26 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa pendatang terhempas di timur Turki pada malam tadi, lapor media tempatan yang memetik pihak berkuasa di wilayah Van.

Menurut pihak berkuasa, antara yang terkorban adalah 11 pendatang dan seorang yang pembantu yang mengatur pengangkutan haram mereka.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital dan pemilik bas ditahan, tambahnya.

Bandar Van yang terletak di sempadan timur Turki dengan Iran sering laluan utama kepada pendatang untuk sampai ke Eropah, dengan kebanyakanya berasal dari Afghanistan.

Terdahulu, sebuah kapal yang membawa hampir 60 pendatang tenggelam di Danau Van pada Julai tahu lalu. – AFP, 11 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen