KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 19 kluster baharu Covid-19 setakat tengah hari hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 865, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, dari 19 kluster baharu, 13 berkaitan tempat kerja, lima daripadanya adalah komuniti dan satu dikesan antara kumpulan berisiko tinggi.
Kuala Lumpur melaporkan jumlah kluster keseluruhan terbanyak sebanyak enam kluster, diikuti Johor empat kluster dan Selangor tiga kluster.
Sementara itu, Perak dan Kelantan masing-masing melaporkan dua kluster, sementara satu kluster masing-masing dikesan di Pulau Pinang dan Sabah.
Kluster berkenaan adalah:
Tempat kerja
1. Industri Jalan Rukun di Kuala Selangor, Selangor - 75 kes
2. Tapak pembinaan Jalan Thean Teik di Pulau Pinang - 47 kes
3. Jalan Cengal di Muar, Johor - 45 kes
4. Industri Jalan Subang 13 di Petaling dan Hulu Langat, Selangor - 29 kes
5. Jalan Industri Dua Rawang di Gombak, Selangor - 27 kes
6. Kg Perangkap di Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan – 24 ke
7. Cahaya Yong Peng di Batu Pahat dan Kluang, Johor - 19 kes
8. Kayu Patikang di Keningau, Sabah - 19 kes
9. Jalan Pantai Baharu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 17 ke
10. Jalan Sri Hartamas Satu di Kepong, Kuala Lumpur - 17 kes
11. Tapak pembinaan Solar Beriah di Kerian, Perak - 16 kes
12. Jalan Dedap 13 di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor - 12 kes
13. Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan - 6 kes
Komuniti
14. Batu Muda di Kepong, Kuala Lumpur -197 kes
15. Kg Padang Balang di Kepong, Kuala Lumpur - 79 kes
16. Taman Koperasi Polis di Kepong, Kuala Lumpur - 67 ke
17. Melor Intan di Hilir Perak, Perak - 21 kes
18. Jalan Mawar Belitong di Kluang, Johor - 12 kes
Kumpulan berisiko tinggi
19. Jalan Awan Cempaka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 21 kes
Noor Hisham berkata, dengan penambahan kluster baharu ini, jumlah kluster keseluruhan yang dicatatkan di negara ini kini sebanyak 3,077 dengan 2,212 daripadanya sudah tamat. – 11 Julai, 2021.
Komen