Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan adalah palsu, kata PMO 


Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan menegaskan kenyataan yang tular di platform media sosial itu adalah palsu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2021.

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan bahawa Muhyiddin Yassin memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar dan mengemukakan keputusan meletak jawatan, seperti yang tular di media sosial.

Jurucakap PMO menegaskan kenyataan yang tular di platform media sosial itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Kenyataan media palsu yang tular itu mendakwa perdana menteri mengambil keputusan untuk meletak jawatan. 

Kenyataan yang tidak sahih itu turut mendakwa kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan perdana menteri dan sehubungan itu meminta Muhyiddin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang perdana menteri baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.– Bernama, 10 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen