BEKAS speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff membidas penggantinya Azhar Azizan Harun kerana berpihak ketika menjalankan tugas.
Beliau berkata kritikannya terhadap Azhar bukan mengenai kuasa tetapi lebih kepada cara beliau menjalankan tugas.
“Sebagai speaker kamu mestilah tidak memihak. Kamu tidak boleh memihak kepada eksekutif.
“Speaker ialah speaker kepada seluruh Dewan. Seseorang perlu maklumkan kepadanya.
“Sesiapa sahaja mestilah tidak memihak. Kamu tidak boleh melindungi menteri. Kamu tidak boleh cadangkan jawapan kepada menteri,” katanya pada sebuah forum secara dalam talian anjuran Forum OHMSI Perdana.
Tambah Ariff, di sinilah Azhar bukan sahaja melanggar peraturan tetapi juga konvensyen mengenai kedudukan speaker.
Azhar yang juga dikenali sebagai Art Harun dikritik kerana dilihat berpihak kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tahun lalu ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abd Aziz menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan titah diraja.
Turut dilaporkan Art Harun dilihat seperti bercakap bagi pihak Tengku Zafrul ketika menteri kewangan itu berbahas dengan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Lim yang juga bekas menteri kewangan bertanya kepada penggantinya sama ada perjanjian penyelesaian dana 1MDB bernilai AS$3.9 bilion dengan Goldman Sachs telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Kabinet.
Sebelum Tengku Zafrul menjawab, Azhar mencelah dan berkata ia merupakan keputusan Kementerian Kewangan, oleh itu ia pasti akan dibawa ke Kabinet.
Azhar kemudian menafikannya bagi pihak menteri kewangan namun beliau hanya berbuat demikian melengahkan masa berucap.
Pada 13 Julai tahun lalu, Azhar dilantik sebagai speaker tanpa undian daripada ahli Parlimen yang mecetuskan bantahan daripada pembangkang.
Walaupun berlaku pertengkaran antara ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan, Azhar mengangkat sumpah tanpa undian, sama seperti proses yang dibuat untuk menyingkirkan Ariff. – 10 Julai, 2021
Komen