5 maut dalam gempa bumi di Tajikistan 


GEMPA bumi melanda timur Tajikistan pada pagi Sabtu menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut, menurut pihak berkuasa. 

Gegaran berukuran 5.9 magnitud turut dirasakan di ibu negara Dushanbe, 165 kilometer dari barat daya pusta gempa. 

“Puluhan rumah musnah,” kata jawatankuasa kecemasan bencana.

Tiga perkampungan di Tajikabad yang merupakan tempat tinggal semua mangsa terkorban, turut terputus bekalan elektrik.

Menurut jawatankuasa dan agensi berita Khovar, gempa itu berlaku pada pukul 7.14 pagi pada kedalaman 10 kilometer.
 
Presiden Tajik, Emomali Rakhm mengarahkan satu suruhanjaya diketuai perdana menteri ditubuhkan, lapor media Rusia itu. – AFP, 10 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen