JUMLAH kes Covid-19 negara akan mencecah sejuta kes menjelang akhir Julai atau awal Ogos, sekiranya trend semasa jangkitan berterusan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Semalam, Malaysia menyaksikan rekod tertinggi kes harian sebanyak 9,180 dengan kebanyakan kes dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ia meningkatkan keseluruhan kes kepada 817,838 dan jumlah korban meningkat kepada 5,980 orang selepas 77 orang lagi meninggal dunia semalam.
“Entah apa maksudnya darurat melawan Covid. Satu lagi penipuan,”tulisnya di Facebook.
Katanya lagi, Malaysia naik 80 anak tangga sejak Darurat kepada kedudukan ke-33 dari aspek jumlah kes Covid-19 dalam kalangan negara seluruh dunia, beliau turut melampirkan gambar menunjukkan kedudukan negara sekarang.
Jelasnya, ini tanpa mengambil kira jumlah penduduk negara.
Malah, menurutnya, jumlah kes baharu dan angka korban menjadi lebih buruk sejak perintah kawalan pergerakan ketiga dikuatkuasa. – 10 Julai, 2021.
Komen