30 kluster baharu Covid-19, 21 berkaitan tempat kerja


Sebanyak 30 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 21 daripadanya adalah berkaitan dengan tempat kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2021. 

SEBANYAK 21 daripada 30 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini berkaitan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan mengesan empat kluster komuniti, tiga kluster tahanan, satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan penambahan kluster baharu, kini terdapat 3,029 kluster di mana 865 masih aktif.

Selangor menyumbang lapan kluster hari ini diikuti oleh enam di Johor, masing-masing tiga di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing dua di Melaka dan Perak serta masing-masing di Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.

Noor Hisham berkata, 16% daripada 9,180 kes yang dilaporkan hari ini berasal dari kluster.

Kluster tempat kerja dilaporkan hari ini adalah:

1. Batu Lapan Bakri di Muar, Johor - 33 kes

2. Jalan Bukit Bakri di Muar, Johor - 11 kes

3. Jalan Haji Jaib di Muar, Johor - 12 kes

4. Jalan Duku Kiri di Johor Bahru, Johor - 7 cass

5. Jalan Sri Plentong Tiga di Johor Bahru, Johor - 9 kes

6. Persiaran Agas di Tangkak, Muar dan Segamat di Johor - 18 kes

7. Industri Jalan Kusta di Gombak dan Petaling di Selangor - 18 kes

8. Zone T Selatan d Sepang dan Kuala Langat, Selangor - 55 kes

9. Industri Jalan Telok Gong di Klang, Selangor - 46 kes

10. Industri Nakhoda di Sabak Bernam, Selangor - 8 kes

11. Industri Jalan Satu Selesa Jaya di Hulu Langat, Selangor - 14 ke

12. Industri Gombak Batu 11 di Gombak – 31 ke

13. Jalan Ipoh Kecil di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 13 kes

14. Jalan Matan di Kepong, Kuala Lumpur - 22 kes

15. Tapak Bina Jalan Khoo Teik Eee di Lembah Pantai dan Cheras, Kuala Lumpur - 119 kes

16. Taman Merdeka Permai di Melaka Tengah, Melaka - 21 kes

17. Taman Chempaka di Melaka Tengah, Melaka - 23 kes

18. Japan Saw Ah Choy di Larut, Matang dan Selama, Perak - 23 kes

19. Jalan Seramik Chepor 11/1 di Kuala Kangsar and Kinta, Perak - 20 kes

20. Tapak Bina Bidara di Seremban, Negeri Sembilan - 75 kes

21. Jalan Pasar Basah Mukah di Mukah dan Dalat, Sarawak - 32 kes

Kluster komuniti:

1. Taman Bismi Rahmat di Tanah Merah, Kelantan - 13 kes

2. Kampung Bunut Satut di Kota Bahru, Kelantan - 9 kes

3. Kampung Gelugor di Tanah Merah, Kelantan - 15 kes

4. Sawit Segama di Lahad Datu, Sabah - 15 kes

Dua kluster pusat tahanan pula dilaporkan di Selangor dan Sarawak.

Ia melibatkan pusat tahanan Tembok Miri di Miri, Sarawak yang melaporkan 59 kes dan pusat tahanan Pagar Taman IKS di Kuala Selangor, Selangor yang melaporkan 51 kes.

Kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Sungai Jelai Kuala Lipis di Lipis, Pahang di mana sebanyak 16 kes dilaporkan di sini.

Kluster pendidikan pula dilaporkan di Jalan Desaturate Putera di Klang, Selangor dan melibatkan 14 kes. – 9 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen