Kadar kebolehjangkitan dijangka catat 1.09 hari ini, kata KP kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata kebanyakan negeri dijangka mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Julai, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian bagi seluruh negara pada hari ini adalah 1.09, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.28.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter beliau malam ini, kebanyakan negeri dijangka mencatatkan Rt melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu.

“Negeri-negeri yang dijangka mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah  Perak (nilai Rt 1.18), Kuala Lumpur (nilai Rt 1.16), Selangor (nilai Rt 1.14), Pahang (nilai Rt 1.10), Kedah (nilai Rt 1.08), Sabah dan Pulau Pinang (nilai Rt 1.07), Melaka (nilai Rt 1.06), Terengganu (nilai Rt 1.04) serta Negeri Sembilan (nilai Rt 1.02).

“Negeri yang dijangka mencatatkan nilai bawah satu pula adalah Johor (nilai Rt 0.96), Kelantan (nilai Rt 0.90), Labuan dan Sarawak masing-masing catat nilai Rt 0.86,“ katanya. 

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Bernama, 8 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen