29 kluster baharu Covid-19, lapor KKM


Aminah Farid

Sebanyak 19 kluster Covid-19 dikesan di tempat kerja, lapan komuniti dan satu dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Julai 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 29 kluster baharu Covid-19, yang mana 19 dikesan di tempat kerja, lapan komuniti dan satu dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 29 kluster itu dikesan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perak, Kelantan, Labuan, Pahang, Kedah dan Perak.

Beliau berkata jumlah kluster keseluruhan adalah sebanyak 2,999 dengan 855 kluster aktif di seluruh negara. – 8 Julai, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen