Idrus perlu nasihat Muhyiddin letak jawatan, kata Ambiga


PEGUAM Negara Idrus Harun sepatutnya menasihati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ambiga Sreenevasan.

Peguam itu menerusi Twitter berkata, jika beliau ada peguam negara, itu adalah nasihat yang akan diberikan kepada Muhyiddin.

“Sekiranya saya adalah AG, saya akan menasihati PM untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Agong. Saya tidak akan mengeluarkan kenyataan (Idrus) ini,” katanya.

Ambiga merujuk kepada kenyataan Idrus yang mengatakan bahawa Muhyiddin masih kekal sebagai perdana menteri kerana setakat ini tiada bukti mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau sudah hilang sokongan majoriti untuk mengetuai kerajaan.

Idrus berkata, pengumuman penarikan balik sokongan Umno adalah kenyataan sebuah parti politik yang membentuk kerajaan dan bukannya kenyataan ahli Dewan Rakyat.

“Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin parti politik.

“Oleh itu, daripada segi undang-undang, perdana menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini. – 8 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen