JUMLAH kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 4 juta iaitu sebanyak 4,000,269 pada Rabu, lapor Xinhua.
Menurut Universiti Johns Hopkins lebih 185 juta kes dilaporkan pada 9.21 malam waktu tempatan (0121 GMT, Khamis).
Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 33,769,829 kes dan 606,215 kematian, menyumbang lebih 18% daripada jumlah kes global dan lebih 15% kematian.
Brazil pula mencatatkan 528,540 kematian diikuti India sebanyak 404,211.
Negara yang mencatatkan lebih 120,000 kes kematian termasuk Mexico, Peru, Rusia, Britain dan Itali.
Kematian Covid-19 di dunia mencecah 1 juta pada 28 September 2020, 2 juta pada 15 Januari 2021 dan melebihi 3 juta pada 17 April 2021. – Bernama, 8 Julai, 2021.
Komen